Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

SALAM AIDILFITRI 1437H

Imej
 DI HILIR FC MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN...Jaga pemakanan di hari lebaran lepas raya kita main bola sepak balik ya...

FUTSAL : PERLAWANAN PERSAHABATAN KEDUA

Imej
2nd Leg SSU Intersub Futsal Friendly  Manjung Tribe (MT) vs  Lower Perak Troopers (LPT) Perlawanan timbal balik pusingan kedua yang dijadualkan selepas hari raya aidilfitri ini terpaksa diawalkan akibat rasa tidak puas hati team (MT) selepas kekalahan besar mereka tempoh hari.  Menurut wakil team (MT) Achik Zidane (bukan nama sebenar), menjelaskan perkara ini tidak dapat dielakkan kerana ramai penyokong dan pemain (MT) tidak dapat melelapkan mata dan terlepas waktu bersahur akibat perlawanan tempoh hari.  Perlawanan kali ini berlangsung pada 02/07/2016 (Sabtu) di MISA, Seri Manjung yang turut dihadiri konvoi penyokong team (LPT) sebanyak 20 buah kereta dari Teluk Intan.     Perlawanan dimulakan pada jam 12:15 am itu menyaksikan (LPT) yang dibarisi pemain-pemain (DHFC) hampir sama seperti perlawanan pertama menerima tentangan lebih sengit oleh team (MT) yang kali ini menurunkan penjaga gol utama mereka digelar 'The Tokekman' kelihatan begitu sukar u...

FUTSAL : PERLAWANAN PERSAHABATAN PERTAMA

Imej
1st Leg SSU Intersub Futsal Friendly  Lower Perak Troopers (LPT) vs Manjung Tribe (MT) Satu perlawanan futsal persahabatan antara (LPT) dan (MT) telah diadakan.  Format perlawanan secara timbal balik di mana (LPT) menjadi tuan rumah pada pusingan pertama melayan kunjungan (MT) ke Bandar Teluk Intan pada 26/6/2016 (Sabtu) yang lalu bertempat di Anson Friend Soccer.     Perlawanan dimulakan pada jam 12:45 am itu menyaksikan (LPT) yang dibarisi pemain-pemain (DHFC) menerima tentangan sengit oleh team (MT) yang dibarisi pemain futsal antarabangsa antaranya jelmaan Zidane tetapi bermain di posisi penjaga gol.  Status team (MT) gagal merentap semangat pemain (LPT) walaupun dikhabarkan team (MT) menggunakan khidmat makhluk ghaib (Antu Kayan) untuk menakutkan pemain (LPT).     Team (MT) memulakan asakan awal sehingga selesa mendahului team (LPT) dengan 3 gol.  Melihat keadaan itu, tuan pengurus team (LPT) telah menyusun semula posisi pemain dan hasilnya ...

JERSI RASMI (DHFC)

Imej
Jersi HOME DHFC Jersi AWAY DHFC (DHFC) memilih menggunakan warna biru air (Aqua Blue) untuk jersi sebagai tuan rumah (Home) dan warna kuning (Yellow) sebagai jersi pelawat (Away) walaubagaimanapun jersi Away masih dalam pembikinan.          Jersi ini adalah sumbangan daripada  Sarekat Djins Dhellior (SDD)  selaku penaja seumur hidup kelab ini.  (Pandangan Hadapan Jersi)  (Pandangan Belakang Jersi) (T-Shirt Latihan/Santai)

SANG SAKTIMUNA - SI ULAR / NAGA LAUT LEGENDA

Imej
Legenda Sang Saktimuna Cerita 1 Cerita Dongeng Kedah Tua Oleh : James F. Augustin Pa' bin Pong menceritakan kepada saya masa kami berdua sedang belayar masuk ke Pelabuhan Kuah (Pelabuhan Bass) pada satu petang beberapa tahun yang lepas. Katanya "beberapa kurun yang lalu, orang-orang Kedah serupalah dengan orang-orang Negeri Troy. Orang-orang Troy mengorbankan gadis dari masa ke semasa kepada raksasa laut dengan perintah Poseidon untuk membela Laemedon, Raja Negeri Troy, kerana ia enggan membina kota sekeliling bandar negeri itu sebagai hadiah kepadanya. Raja-raja Negeri Kedah pula terpaksa mengorbankan seorang puteri Kerabat Di Raja kepada seekor saktimuna laut (sejenis ular besar) di Langkawi apabila seorang Raja baru naik takhta kerajaan atau berbangkit satu peperangan dengan sebuah negeri yang lain". Sebagai balasan pengorbanan ini, saktimuna itu hanya memakan orang-orang Siam dan orang-orang Mergui. Bukan sahaja ia tidak memakan orang-orang Kedah tetapi juga ...

PENAJA SEPANJANG ZAMAN

Imej
Tanda Dagang Syarikat Alhamdulillah...  Terima Kasih tidak terhingga kepada SAREKAT DJINS DHELLIOR (SDD) yang telah menandatangani perjanjian berdarah di bawah pohon buluh menyatakan taat setia tidak berbelah bahagi untuk menaja DI HILIR FC (DHFC)  selagi ada bulan dan bintang serta matahari. Semoga (SDD) terus maju jaya dimurahkan rezeki selama penajaan ini. Penajaan (SDD) seperti berikut : 1. Jersi pasukan. 2. Belanja mengurus pasukan. 3. Menjadikan pemain DHFC sebagai duta/model produk mereka. 4. Jamuan Makan Malam Tahunan. 5. Pelekat/Banner/Logo Rasmi pasukan. Faedah pakej penajaan untuk (SDD) : 1. Jemputan sebagai perasmi majlis (DHFC). 2. Logo penaja di jersi pasukan, banner dan berkaitan. 3. Iklan di buku program dan Media Sosial rasmi (DHFC). 4. Cenderahati dan Sijil Penghargaan. 5. Rombongan ke Beting Beras Basah, Bagan Datoh. untuk maklumat mengenai (SDD) boleh kunjungi Facebook Sarekat Djins Dhellior

PIALA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI 2016

Imej
Kemunculan Sulung Di Hilir FC dalam Kancah Bola Sepak Domestik Pada hari Sabtu yang lalu tanggal 12hb Mac 2016 bermulalah penglibatan Di Hilir FC (DHFC) dalam kancah bola sepak tempatan khususnya di daerah Hilir Perak apabila kelab ini telah menyertai Kejohanan Piala YAB Timbalan Perdana Menteri yang berlangsung di SMK Seri Perkasa, Perak dan Stadium Mini Sabak Bernam, Selangor. Tuan Pengurus (kanan) menerima cenderahati daripada Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  (Timbalan Perdana Menteri) Barisan pemain yang beraksi pada kejohanan tersebut (DHFC) telah menghantar satu pasukan yang rata-ratanya dibarisi pemain muda sekitar daerah Hilir Perak yang buat pertama kali digabungkan dalam kejohanan ini.  Walaupun mereka ini digandingkan buat pertama kalinya tetapi persembahan yang ditampilkan tidak mengecewakan.   Menurut pengurus pasukan ketika ditemui meluahkan rasa berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh pasukan ini walaupun tidak berjaya menghas...

SEJARAH KELAB

Imej
Kelab Bola Sepak Di Hilir   ( Di Hilir Football Club ) merupakan kelab bola sepak grup gerakan pecinta bola sepak Perak FA dalam daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.             Pasukan ini diasaskan pada 20 Oktober 2015 atas dasar persahabatan antara kami.  Sokongan kepada pasukan bola sepak negeri Perak (Perak FA/FC) menjadi batu asas penubuhan kelab ini kerana minat mendalam terhadap sukan bola sepak dan sering ke stadium secara beramai-ramai.              Semua pegawai dalam kelab ini menjalankan kerja secara sukarela tanpa mengharap apa jua balasan.  Pemain-pemain kelab ini datang dari seluruh pelusuk daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.  Bermain secara sukarela dan perbelanjaan DITANGGUNG BERSAMA .