PIALA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI 2016
Kemunculan Sulung Di Hilir FC dalam Kancah Bola Sepak Domestik
Pada hari Sabtu yang lalu tanggal 12hb Mac 2016 bermulalah penglibatan Di Hilir FC (DHFC) dalam kancah bola sepak tempatan khususnya di daerah Hilir Perak apabila kelab ini telah menyertai Kejohanan Piala YAB Timbalan Perdana Menteri yang berlangsung di SMK Seri Perkasa, Perak dan Stadium Mini Sabak Bernam, Selangor.

Tuan Pengurus (kanan) menerima cenderahati daripada Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
(Timbalan Perdana Menteri)
Barisan pemain yang beraksi pada kejohanan tersebut
(DHFC) telah menghantar satu pasukan yang rata-ratanya dibarisi pemain muda sekitar daerah Hilir Perak yang buat pertama kali digabungkan dalam kejohanan ini. Walaupun mereka ini digandingkan buat pertama kalinya tetapi persembahan yang ditampilkan tidak mengecewakan.
Menurut pengurus pasukan ketika ditemui meluahkan rasa berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh pasukan ini walaupun tidak berjaya menghasilkan sebarang gol namun beberapa percubaan berbahaya berjaya dihasilkan.
Tahun ini merupakan tahun melengkapkan dan memantapkan pasukan. Beberapa perlawanan persahabatan akan diaturkan selepas ini.
Senarai Pemain beraksi:
Penjaga Gol
Aliff
Aizam
Pertahanan
Haikal
Fahmi
Syahir
Azhar
Hanif
Halim
Iman
Tengah
Tapa (C)
Zakuan
Shahrizal
Miejan
Azril (lewat sampai)
Serangan
Imran
Aqimi
Ayie
Keputusan Perlawanan :
1. DHFC 0-3 MNS
2. DHFC 0-2 UBB
::SELAMAT MAJU JAYA (DHFC)::
2. DHFC 0-2 UBB
::SELAMAT MAJU JAYA (DHFC)::

Ulasan
Catat Ulasan