PENAJA SEPANJANG ZAMAN
Tanda Dagang Syarikat
Alhamdulillah... Terima Kasih tidak terhingga kepada SAREKAT DJINS DHELLIOR (SDD) yang telah menandatangani perjanjian berdarah di bawah pohon buluh menyatakan taat setia tidak berbelah bahagi untuk menaja DI HILIR FC (DHFC) selagi ada bulan dan bintang serta matahari. Semoga (SDD) terus maju jaya dimurahkan rezeki selama penajaan ini.
Penajaan (SDD) seperti berikut :
1. Jersi pasukan.
2. Belanja mengurus pasukan.
3. Menjadikan pemain DHFC sebagai duta/model produk mereka.
4. Jamuan Makan Malam Tahunan.
5. Pelekat/Banner/Logo Rasmi pasukan.
Faedah pakej penajaan untuk (SDD) :
1. Jemputan sebagai perasmi majlis (DHFC).
2. Logo penaja di jersi pasukan, banner dan berkaitan.
3. Iklan di buku program dan Media Sosial rasmi (DHFC).
4. Cenderahati dan Sijil Penghargaan.
5. Rombongan ke Beting Beras Basah, Bagan Datoh.
untuk maklumat mengenai (SDD) boleh kunjungi Facebook Sarekat Djins Dhellior

Ulasan
Catat Ulasan