FUTSAL : PERLAWANAN PERSAHABATAN KEDUA
2nd Leg SSU Intersub Futsal Friendly
Manjung Tribe (MT) vs Lower Perak Troopers (LPT)
Perlawanan timbal balik pusingan kedua yang dijadualkan selepas hari raya aidilfitri ini terpaksa diawalkan akibat rasa tidak puas hati team (MT) selepas kekalahan besar mereka tempoh hari. Menurut wakil team (MT) Achik Zidane (bukan nama sebenar), menjelaskan perkara ini tidak dapat dielakkan kerana ramai penyokong dan pemain (MT) tidak dapat melelapkan mata dan terlepas waktu bersahur akibat perlawanan tempoh hari. Perlawanan kali ini berlangsung pada 02/07/2016 (Sabtu) di MISA, Seri Manjung yang turut dihadiri konvoi penyokong team (LPT) sebanyak 20 buah kereta dari Teluk Intan.
Perlawanan dimulakan pada jam 12:15 am itu menyaksikan (LPT) yang dibarisi pemain-pemain (DHFC) hampir sama seperti perlawanan pertama menerima tentangan lebih sengit oleh team (MT) yang kali ini menurunkan penjaga gol utama mereka digelar 'The Tokekman' kelihatan begitu sukar untuk ditembusi. Pemain-pemain (LPT) yang diketuai Tapa yang dapat beraksi pada perlawanan ini mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan gelanggang berukuran standard FIFA ini. Team (MT) berjaya mendahului team (LPT) 4-3 pada suatu ketika. Pemain (LPT) tidak mudah mengalah dapat bangkit mendahului team (MT) 4-5 sebelum satu tandukan tanpa bayang daripada pemain (MT) menyamakan kedudukan 5-5 menewaskan penjaga gol team (LPT) Lie Riena.
Perlawanan yang seakan-akan berkesudahan seri bertukar sebaliknya apabila pengurus team (LPT) Tok Sidang memasukkan semula Rusyaidi dan Yoi Hazard ternyata mebuahkan hasil apabila beroleh 2 gol pada saat-saat perlawanan.
Perlawanan timbal balik pusingan kedua ini berkesudahan (MT) 5-7 (LPT). Sebelum perlawanan bermula pawang (LPT) telah berjaya menangkap beberapa ekor toyol di kawasan gol team (LPT) menggunakan ubat gigi. Ternyata taktik penggunaan makhluk halus sekali lagi gagal.
Senarai Pemain (LPT) dan (jaringannya)
Lie Reina (GK)
Yoi Hazard (1)
Moja
Aloy
Rusyaidi (1)
Udin Terkes (2)
Qimi Boateng
Aiman
Anep Nakata (1)
Iman
Jejai Sayang Fasha
Zaki (2)
Fahme PLKN
Azad Smalling
Imran Kanoute
Tapa
Amat Sterling
Gambar-gambar sekitar hari perlawanan
Terima kasih diucapkan kepada team (MT) yang sudi mengadakan perlawanan persahabatan ini dan tidak lupa team (LPT) yang memberi peluang kepada (DHFC) untuk beraksi mewakili (LPT).

Ulasan
Catat Ulasan