FUTSAL : PERLAWANAN PERSAHABATAN PERTAMA

1st Leg SSU Intersub Futsal Friendly 
Lower Perak Troopers (LPT) vs Manjung Tribe (MT)


Satu perlawanan futsal persahabatan antara (LPT) dan (MT) telah diadakan.  Format perlawanan secara timbal balik di mana (LPT) menjadi tuan rumah pada pusingan pertama melayan kunjungan (MT) ke Bandar Teluk Intan pada 26/6/2016 (Sabtu) yang lalu bertempat di Anson Friend Soccer.

    Perlawanan dimulakan pada jam 12:45 am itu menyaksikan (LPT) yang dibarisi pemain-pemain (DHFC) menerima tentangan sengit oleh team (MT) yang dibarisi pemain futsal antarabangsa antaranya jelmaan Zidane tetapi bermain di posisi penjaga gol.  Status team (MT) gagal merentap semangat pemain (LPT) walaupun dikhabarkan team (MT) menggunakan khidmat makhluk ghaib (Antu Kayan) untuk menakutkan pemain (LPT).

    Team (MT) memulakan asakan awal sehingga selesa mendahului team (LPT) dengan 3 gol.  Melihat keadaan itu, tuan pengurus team (LPT) telah menyusun semula posisi pemain dan hasilnya 12 gol terhasil.  Team (MT) yang sudah mati kutu dengan kebangkitan team (LPT) seperti dirasuk Jin Beting Muara hanya berhasil memperoleh 1 gol di saat akhir perlawanan ketika penjaga gol team (LPT) sedang leka menjamah bekal moreh yang dibawanya.

    Perlawanan timbal balik pusingan pertama ini berkesudahan (LPT) 12-4 (MT) dan perlawanan timbal balik pusingan kedua akan dilangsungkan di Seri Manjung selepas Aidilfitri nanti.

Senarai Pemain (LPT) dan (jaringannya)


Lie Reina (GK)
Yoi Hazard (2)
Salleh Burger
Halim Kante (1)
Rusyaidi (2)
Udin Terkes (3)
Qimi Boateng
Aiman
Anep Nakata (1)
Jefri Dean
Jejai Sayang Fasha (1)
Zaki (2)
Fahme PLKN


Gambar-gambar sekitar hari perlawanan











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANG SAKTIMUNA - SI ULAR / NAGA LAUT LEGENDA

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN BERSAMA SK SERI LANGKAP, PERAK

U19 LIGA REMAJA HILIR PERAK 2023