RANGKUMAN MUSIM 2018 'SANG SAKTIMUNA'


Barisan Pemain Liga Hilir Perak 2018




Sang Saktimuna telah menamatkan kempen Liga Hilir Perak 2018

Musim 2018 Liga Hilir Perak melabuhkan tirainya dan perlawanan akhir liga membabitkan pasukan Jendarata FC selaku juara bertahan akan bertemu dengan Intan Rovers FC pada Sabtu, 12 Januari 2019 nanti di Mini Stadium MPTI, Teluk Intan.


Aksi ketika bertemu Salam Rangers

Coach Zack dilantik sebagai Ketua Jurulatih DHFC
























Segala Kudrat serta Kekuatan Dikerahkan Bagi Musim 2018

Yang Bulat Tidak Datang Bergolek, Yang Pipih Tidak Datang Melayang.
Begitulah digambarkan usaha keras DHFC musim ini untuk memperbaiki prestasi dan pencapaiannya berbanding musim pertama DHFC dalam kancah Liga Hilir Perak (PBDHP) pada tahun 2017.

Zhafran Amin selaku kapten memimpin Di Hilir FC pada 2018


Muka Baharu Memperkuatkan Pasukan

Usaha mencari pemain-pemain baharu sambil mengekalkan sebilangan kecil pemain lama. Beberapa siri perlawanan persahabatan lebih kepada perlawanan ujian diadakan sepanjang tempoh sebelum bermulanya liga. Ramai pemain-pemain sekitar daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk hadir pada setiap perlawanan ini untuk mencuba nasib menempatkan diri mereka ke dalam pasukan DHFC musim ini. Kehadiran juga sangat luar biasa pada setiap perlawanan yang diadakan ini termasuklah para penyokong yang tidak pernah ketinggalan walaupun hanya sekadar perlawanan persahabatan ujian. 

Hubungan kekeluargaan antara pemain dan penyokong



Terima Kasih DHilior Supporters

Tanpa penyokong, apakah ertinya sebuah pasukan bola sepak. Begitulah yang dapat digambarkan dengan kesetiaan penyokong-penyokong setia DHFC yang sentiasa mencurahkan bakti dan keringat bersama pasukan ini sejak awal penubuhannya.

TERIMA KASIH SEMUA
"THE SANG SAKTIMUNA"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANG SAKTIMUNA - SI ULAR / NAGA LAUT LEGENDA

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN BERSAMA SK SERI LANGKAP, PERAK

U19 LIGA REMAJA HILIR PERAK 2023