DI HILIR FC mengambil inisiatif pembangunan bola sepak akar umbi melibatkan kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan ke bawah dengan memperkenalkan suatu program dikenali sebagai DI HILIR JUNIORS. Menjadikan Sekolah Kebangsaan Seri Langkap, Perak sebagai 'base' dengan kerjasama baik oleh Tuan Guru Besar En. Mohamed bin Che Ree, program ini memulakan pengenalan dengan penganjuran Klinik Bola Sepak SK Seri Langkap bawah 12 tahun & Di Hilir FC pada 29 April 2017 dikendalikan oleh En. Muhammad Anas Murugan bin Abdullah dan En. Mohd Aminudin bin Adanan dengan bantuan tenaga pengajar dari NFDP Hilir Perak, En. Badrul Hisham bin Aripin serta Pegawai Teknikal & Pembangunan Sukan Bola Sepak daerah Hilir Perak, En. Mohamad Rozeli bin Mohammaed Royani. Turut terlibat menyumbang khidmat bantu barisan pegawai dan EXCO Di Hilir FC sendiri.
Sekitar hari program berlansung :










En. Rozeli (PTPS Bola Sepak Hilir Perak) memberikan ucapan di majlis penutup program ini
Para pelatih bergambar kenangan di akhir program
Usaha mewujudkan program ini setelah berakhirnya cabaran pasukan SK Seri Langkap dalam saingan peringkat Kelompok 1 MSSD Hilir Perak 2017 bulan Mac yang lalu pada kedudukan yang tidak memuaskan.
Keputusan Kelompok 1 MSSD Hilir Perak 2017:
SK Degong - 3
SK Seri Langkap - 0
SK Ayer Hitam - 2
SK Seri Langkap - 0
Walaubagaimapun beberapa orang pemain SK Seri Langkap telah terpilih untuk mewakili 2 pasukan Kelompok 1 ke Peringkat Daerah Hilir Perak menentang sekolah-sekolah dari kelompok lain dalam daerah ini.
SK Seri Langkap (Kelompok 1 MSSD Hilir Perak 2017)
Antara pemain SK Seri Langkap (Di Hilir Juniors) yang mewakili pasukan Kelompok 1 (17) Mohd Yusof - 12 tahun, (14) Adam Shahrizad - 11 tahun, (15) Zack Zaidi - 12 tahun & (13) Fairuz - 11 tahun
Latihan Mingguan Setiap hari Sabtu Secara 'PERCUMA'
DHFC Juniors menjalankan latihan pada setiap hari Sabtu pagi yang dikendalikan oleh beberapa orang tenaga pengajar terdiri daripada EXCO Di Hilir FC sendiri yang turun padang membantu.
Sambutan sangat menggalakkan diterima daripada murid lelaki SK Seri Langkap dan seterusnya program ini dibuka untuk murid sekolah rendah sekitar Pekan Langkap khususnya dalam DUN Sungai Manik. Antaranya murid yang hadir dari SK Degong, SK St. Anthony Langkap, SK Chikus, SJK (T) Ladang Sussex dan SK Ayer Hitam.
Program ini dilaksanakan secara percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan sebagai salah satu tanggungjawab sosial Di Hilir FC untuk mewujudkan komuniti bola sepak yang bermula seawal 6 tahun.
Selain itu, usaha ini bagi mengembalikan era kegemilangan sukan bola sepak di Pekan Langkap melahirkan seberapa ramai bakat-bakat muda sebagai pelapis supaya tidak ketandusan pilihan pemain remaja apabila mereka mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah kelak.
Di Hilir FC juga melahirkan berhasrat untuk mengembangkan program ini ke peringkat daerah Hilir Perak terutamanya di kawasan bandar Teluk Intan, Hutan Melintang dan sehingga ke Bagan Datuk.
"BERIKAN MEREKA KEPERCAYAAN,
MAKA AKAN HADIRLAH HARAPAN"

Ulasan
Catat Ulasan