PERLAWANAN PERSAHABATAN

PERSAHABATAN BOLA SEPAK
19 NOVEMBER 2016
MINI STADIUM TELUK INTAN

Bhagia Steelbridge vs Di Hilir FC

Pada Sabtu yang lalu bertarikh 19hb November 2016 telah berlangsung perlawanan persahabatan antara (DHFC) dengan Bhagia Steelbridge FC salah sebuah kelab di Teluk Intan.  Sepak mula perlawanan pada jam 5:25 petang. (DHFC) sekali lagi menampilkan beberapa muka baharu untuk diuji pada perlawanan ini. Beberapa orang pemain utama (DHFC) tidak dapat diturunkan atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan.

Barisan pemain 11 utama (DHFC) yang diturunkan


Pemain kedua-dua pasukan bergambar bersama

          Perlawanan ini dilansungkan dalam 35 minit separuh masa.  Permulaan permainan dilihat seimbang dengan berbalas asakan daripada kedua-dua pasukan.  Gol pertama (DHFC) hadir melalui Ruzaini (21) apabila menghukum kesilapan penjaga gol (BSFC) dengan menguis masuk untuk jaringan peribadainya yang ketiga sepanjang beraksi bersama (DHFC). Gol ini tidak bertahan lama apabila serangan daripada sebelah kiri ke gawang (DHFC) membuahkan hasil dengan gol penyamaan perlawanan hasil keadaan kucar kacir di hadapan pintu gaol (DHFC) dihukum dengan rembatan deras pemain (BSFC) ke dalam gawang (DHFC).  Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.


         Pada babak kedua perlawanan berlansung dalam keadaan hujan.  Kedua pasukan bermain secara berhati-hati namun masih memberi asakan yang hebat dengan masing-masing betukar-tukar serangan.  Beberapa percubaan ke kubu (DHFC) berjaya dipatahkan dengan cemerlang oleh Afiq Pert (15) bersama Haikal (4) diapit Tapa (C) (7) di kiri dan Amat (14) di kanan.  Detik cemas mula menghantui (DHFC) pada penghujung perlawanan apabila pemain pertahanan kiri yang baharu sahaja dimasukkan menggantikan Tapa memegang bola datang kotak penalti yang datang ke arahnya akibat salah faham situasi yang berlaku sebelum itu.  Sepakan penalti diambil oleh (BSFC) ditolak keluar atas dasar semangat kesukanan yang tinggi.  Perlawanan berkesudahan seri 1-1.


















 Terima Kasih Semua

"ANYONE CAN PLAY"


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANG SAKTIMUNA - SI ULAR / NAGA LAUT LEGENDA

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN BERSAMA SK SERI LANGKAP, PERAK

U19 LIGA REMAJA HILIR PERAK 2023