SANG SAKTIMUNA - SI ULAR / NAGA LAUT LEGENDA
Legenda Sang Saktimuna Cerita 1 Cerita Dongeng Kedah Tua Oleh : James F. Augustin Pa' bin Pong menceritakan kepada saya masa kami berdua sedang belayar masuk ke Pelabuhan Kuah (Pelabuhan Bass) pada satu petang beberapa tahun yang lepas. Katanya "beberapa kurun yang lalu, orang-orang Kedah serupalah dengan orang-orang Negeri Troy. Orang-orang Troy mengorbankan gadis dari masa ke semasa kepada raksasa laut dengan perintah Poseidon untuk membela Laemedon, Raja Negeri Troy, kerana ia enggan membina kota sekeliling bandar negeri itu sebagai hadiah kepadanya. Raja-raja Negeri Kedah pula terpaksa mengorbankan seorang puteri Kerabat Di Raja kepada seekor saktimuna laut (sejenis ular besar) di Langkawi apabila seorang Raja baru naik takhta kerajaan atau berbangkit satu peperangan dengan sebuah negeri yang lain". Sebagai balasan pengorbanan ini, saktimuna itu hanya memakan orang-orang Siam dan orang-orang Mergui. Bukan sahaja ia tidak memakan orang-orang Kedah tetapi juga ...

Ulasan
Catat Ulasan