PERLAWANAN PERSAHABATAN
PERSAHABATAN BOLA SEPAK
17 SEPTEMBER 2016
MINI STADIUM TELUK INTAN
Di Hilir FC lwn Subang Crew FC
17 SEPTEMBER 2016
MINI STADIUM TELUK INTAN
Di Hilir FC lwn Subang Crew FC
Pada Sabtu yang lalu bertarikh 17hb September 2016 telah berlangsung perlawanan persahabatan antara (DHFC) dengan Subang Crew FC dari Selangor. Sepak mula perlawanan pada jam 5:15 petang. (DHFC) sekali lagi menampilkan beberapa muka baharu untuk diuji pada perlawanan ini dan ternyata telah memberi nafas baharu kepada kelab.
Barisan pemain kedua-dua pasukan pada awal perlawanan
Barisan 11 pertama (DHFC)
Perlawanan ini dilansungkan dalam tiga separuh masa iaitu 30 minit dalam setiap separuh masa. Permulaan perlawanan agak seimbang oleh kedua-dua pasukan disusuli beberapa percubaan menarik. (DHFC) dianugerahkan sepakan penalti seawal minit perlawanan apabila penyerang (DHFC) Anep (11) dijatuhkan dalam kotak penalti. Ja'a (12) tenang mengambil sepakan menewaskan penjaga gola Subang Crew FC untuk (DHFC) mendahului 1-0. Amir Aserap (4) terpaksa dikeluarkan pada awal permainan kerana mengalami kecederaan lutut dan digantikan Fahme Joker (3).
Ja'a tenang menyempurnakan sepakan penalti
Jentera tengah yang dikemudi Zakuan dan Tapa (C) cuba mengawal bahagian tengah daripada asakan hebat Subang Crew FC. Pada perlawanan kali ini pengurus (DHFC) meletakkan Jejai (10) di bahagian serangan bergandingan bersama Anep (11). Bahagian sayap dijana oleh penampilan sulung Hisyam (7) dan Jaa (12). Gawang (DHFC) kali ini dikawal oleh Eddy Haziq (22) yang membuat penampilan sulung cekap menangkis asakan dan percubaan lawan. Subang Crew FC akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol yang berjaya disudahkan sebelum berakhir separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua (DHFC) menukar beberapa pemain di posisi tengah dan serangan ternyata menampakkan hasil apabila (DHFC) kerap kali melancarkan serangan namun barisan pertahanan Subang Crew FC kental menangkis setiap serangan (DHFC). Satu percubaan tepat daripada Anep (11) terkena palang gol lawan dikala penjaga gol lawan sudah pun tertewas. gerakan dari sayap kedua-dua arah oleh Qimi (17) menggantikan Hisyam (7) dan Jaa (12) masih buntu menembusi kubu lawan. Penantian berakhir apabila pemain penyerang Anep (11) berjaya membuat gerakan cantik dari tengah padang melepasi 3 pemain pertahanan Subang Crew FC dan dengan tenang menguis ke sebelah kiri penjaga gol untuk (DHFC) mendahului 2-1 pada separuh masa kedua. Ini merupakan penampilan sulung Anep (11) selepas tidak dapat beraksi ketika bertemu TSW FC bulan lepas.
Anep membuat jaringan kedua (DHFC)
Separuh masa ketiga kedua-dua pasukan membuat pertukaran pemain. Perlawanan babak ketiga menampilkan aksi lebih sengit apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan. Satu peluang terbaik daripada Subang Crew FC nyaris menghasilkan gol penyamaan mereka namun ketangkasan penjaga gol (DHFC) Eddy Haziq (22) berjaya menyelamatkan gawang (DHFC) daripada dibolosi. Eddy Haziq (22) boleh dianugerahkan 'Man of The Match' selepas berkali-kali berjaya menyelamatkan beberapa percubaan daripada pihak lawan. Gerakan daripada pemain penyerang Fitri (18) juga penampilan sulung gagal mebuahkan hasil. Gol ketiga (DHFC) muncul apabila pemain penyerang Ruzaini (21) berjaya merembat masuk ke gawang Subang Crew FC menjadikan keududukan 3-1. Ini merupakan gol kedua peribadi daripada Ruzaini untuk (DHFC).
Ruzaini meraikan gol ketiga (DHFC)
Selesa dengan kedudukan semasa pengurus (DHFC) mengarahkan pemain mengendurkan asakan ke kubu lawan. Kelekaan di saat-saat akhir menghukum (DHFC) apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti apabila pemain Subang Crew FC dijatuhkan dalam kotak penalti menuju penghujung perlawanan. Pemain Subang Crew FC tidak melepaskan peluang terbaik untuk mengejar kedudukan dengan merembat deras ke penjuru kanan gawang (DHFC) dan gagal diselamatkan Eddy Haziq (22) menjadikan kedudukan 3-2. Subang Crew FC mengasak habis-habisan ke kubu (DHFC) namun gagal melepasi kawalan Halim Syazwan (8), Ijat (5) serta Amin (9) dan Afiq Pert (15) untuk separuh masa ketiga. Perlawanan akhirnya berpihak kepada (DHFC) dengan jaringan 3-2.
Eddy Haziq sedaya upaya menyelamatkan bola namun gagal
Barisan 17 orang Pemain
1. Fahme Joker (RB/LB) - 3
2. Amir Aserap (CB/DM) - 4
3. Ijat (CB/DM) - 5
4. Tapa (CM) (C) - 7
5. Hisyam (RW) - 7
6. Halim Syazwan (CB) - 8
7. Amin Griezmman(ST/LB/RB) - 9
8. Jejai (CB/CDM/LW) - 10
9. Anep (ST) - 11
10. Azhar Ja'a (LW) - 12
11. Zakuan (CM) - 13
12. Amat (RB/RW) - 14
13. Afiq Pert (CB) - 15
14. Zaki (DM) - 16
15. Qimi (RW/ST) - 17
16. Fitri (18) - 18
17. Ruzaini (ST) - 21
18. Eddy Haziq (GK) - 22
Eddy mengalami kecederaan namun tidak serius
Penyokong setia (DHFC) hadir memberi sokongan
Barisan Pegawai-pegawai pengurusan (DHFC) bersama Pengurus
Terima Kasih Semua
"ANYONE CAN PLAY"



















Ulasan
Catat Ulasan