PERSAHABATAN BOLA SEPAK
PERSAHABATAN BOLA SEPAK
14 OGOS 2016
MINI STADIUM TELUK INTAN
Di Hilir FC lwn TSW FC
14 OGOS 2016
MINI STADIUM TELUK INTAN
Di Hilir FC lwn TSW FC
Pada Ahad yang lalu bertarikh 14 Ogos 2016 telah berlangsung perlawanan persahabatan antara (DHFC) dengan TSWFC dari Subang, Selangor. Sepak mula perlawanan pada jam 5:30 petang. (DHFC) kali ini menampilkan beberapa muka baharu untuk diuji pada perlawanan ini dan ternyata telah memberi nafas baharu kepada kelab.
Barisan pemain kedua-dua pasukan pada awal perlawanan
Perlawanan ini dilansungkan dalam tiga separuh masa iaitu 30 minit dalam setiap separuh masa. Permulaan perlawanan agak seimbang oleh kedua-dua pasukan disusuli beberapa percubaan menarik. (DHFC) hampir di hadapan apabila hasil sepakan percuma yang diambil gagal disudahkan oleh kapten pasukan (DHFC) Tapa yang menerima bola. Benteng Pertahanan (DHFC) dikawal rapi oleh 3 pemain pertahanan kental iaitu Haikal, Halim Syaz dan Amad.
Jentera tengah pula dikemudi Zakuan dan Jejai bergandingan bersama Tapa (C) dan Pijei diapit pula pemain sayap kiri dan kanan oleh Lan Todak serta Ja'a. Di bahagian serangan diterajui oleh Yoi untuk separuh masa pertama yang berkesudahan 0-0.
Bermula separuh masa kedua (DHFC) menukar beberapa pemain nyata membuahkan hasil apabila pemain gantian Ruzaini menjaringkan gol sulung perlawanan. Gol tersebut menaikkan semangat pemain dan terus mengasak ke kubu pertahanan TSW FC namun penyudah tumpul oleh penyerang dari Selekoh, Rashdan gagal menterjemahkan kepada gol. Peluang keemasan diperoleh oleh TSW FC apabila dianugerahkan sepakan penalti apabila berlaku keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol (DHFC) menyebabkan pemain pertahanan (DHFC) Iman tertampan bola di dalam kotak penalti. Tenyata nasib menyebelahi (DHFC) apabila sepakan penalti TSW FC ditepis keluar penjaga gol (DHFC) Lie Cooper. Separuh masa kedua kekal berkesudahan 1-0.
Separuh masa ketiga kedua-dua pasukan membuat pertukaran pemain. Perlawanan babak ketiga menampilkan aksi lebih sengit apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan. Satu peluang terbaik daripada TSW FC nyaris menjelmakan gol namun percubaan tepat ke kanan gawang (DHFC) diselamatkan kemas oleh penjaga gol (DHFC) Lie Cooper yang beraksi cemerlang sepanjang tempoh 90 minit. Perlawanan ini berkesudahan 1-0.
Penyokong tegar Di Hilir FC yang hadir
Terima Kasih semua
"ANYONE CAN PLAY"
"ANYONE CAN PLAY"























Ulasan
Catat Ulasan